32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

PM terima DUNM, Amy Search bergelar Datuk

Sempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

VOKALIS kumpulan Search, Suhaimi A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search antara 163 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka sempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Dengan pengurniaan tersebut, ia membawa gelaran Datuk kepada penyanyi berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai senarai 883 penerima darjah kebesaran Negeri apabila dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Sementara itu, Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri dianugerahkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto.

Prabowo telah dikurniakan anugerah tersebut pada 26 Julai lalu di Dewan Utama, Pejabat TYT Melaka.

AMY SEARCH

Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira diberikan kepada 26 penerima antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari; Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Baharin Din dan Ketua Umum Dewan Masjid Indonesia, Dr. Syafruddin Kambo.

Penerima tunggal Bintang Gagah Perkasa dianugerahkan kepada Pegawai Bomba Kanan II, Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh yang terkorban semasa operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat pada 20 Oktober tahun lepas.

Selain itu, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) di atas jasa beliau membantu mangsa banjir.

Darjah Kebesaran Melaka diberikan kepada kakitangan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, tokoh korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media massa dan ahli-ahli badan sukarelawan.

Istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran dijalankan tiga sesi iaitu pada 24 Ogos dan 27 Ogos.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan