25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pekan akan terus dijaga, urus tadbir sewajarnya – MB

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PARLIMEN Pekan akan terus dijaga, diurus tadbir dan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan dan UMNO negeri sepanjang ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini bagi memastikan rakyat di Parlimen itu terus mendapat perhatian dan manfaat sewajarnya.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang itu turut menzahirkan rasa sedih berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap bekas Perdana Menteri itu.

“Saya dan seluruh rakyat mendoakan Najib dan keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan serta kecekalan untuk menghadapi ujian yang cukup berat ini.

“Bagi kami, amat besar jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Najib dalam membangun dan memajukan negeri Pahang serta negara ini di sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Besar satu ketika dahulu.

“Justeru, kami amat menghargai setiap jasa, keringat dan sumbangan yang telah beliau curahkan selama ini,” kata beliau yang juga Menteri Besar Pahang dalam kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata, perjuangan dan komitmen tidak berbelah bahagi Najib dalam mempertahankan UMNO dan membongkar penipuan serta putar belit pihak lawan sentiasa menjadi inspirasi pihaknya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu setelah didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan