Saturday, June 13, 2026

12 kematian, 3,083 kes baharu Covid-19 semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat Covid-19, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,044 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiga kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, 3,083 kes baharu Covid-19 pada semalam dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 42,717 kes, dengan 41,042 atau 96.1 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 35 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,578 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 62 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 35 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 27 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh pula direkodkan semalam adalah sebanyak 4,229 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,635,737 kes.-Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan