31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Projek LCS: Ini penjelasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Mesti Baca

ISU pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus dimainkan oleh pihak pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Dendangan konon wujudnya amalan rasuah, mengayakan kroni, kapal yang tidak wujud dan pelbagai persepsi buruk dijaja para pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Berikut adalah penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman berhubung projek LCS tersebut bagi menjawab kekeliruan orang ramai:

Saya terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek LCS bersama-sama Kementerian Pertahanan dan TLDM baru-baru ini.

Saya sudah berkali-kali turun ke Lumut Shipyard yang terletak di dalam pengkalan TLDM dan melawat projek LCS.

Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.

Di bawah kontrak sekarang, pembinaan keenam-enam kapal ini perlu dibuat dalam masa yang sama (concurrently). Bukan bina satu, hantar satu. Lumut Shipyard besar dan ada kapasiti untuk pembinaan enam kapal sekali gus.

Sebanyak RM6 bilion daripada nilai kontrak RM9 bilion sudah dibayar.

Kenapa bayar sehingga RM6 bilion tetapi progres pembinaan untuk lima kapal pertama hanya pada purata 55 peratus?

Sebab RM6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir kesemua peralatan yang perlu bagi membina enam kapal. Pembelian pukal (bulk order) lebih murah berbanding beli satu persatu.

Advertisements

Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk reka bentuk asas dan reka bentuk lengkap yang dibuat oleh Naval Group, Perancis.

RM9 bilion untuk enam kapal di bawah kontrak asal bermakna harga satu kapal lebih kurang RM1.5 bilion.

Mesir membelanjakan hampir RM1.9 bilion untuk sebuah kapal LCS mereka yang dibuat di Perancis.

UAE juga belanja hampir RM1.9 bilion untuk sebuah LCS manakal Amerika Syarikat pula membina LCS mereka pada harga RM2.4 bilion sebuah kerana lebih canggih.

Selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal-kapal tentera yang diberi kepada syarikat PSC satu ketika dulu, Boustead terpaksa mengambil alih syarikat berkenaan demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi.

Pengambilalihan itu termasuk hutang bank yang amat besar yang kini terpaksa ditanggung oleh Boustead Holdings dan Boustead Naval Shipyard (BNS).

Maka sebahagian dari wang LCS terpaksa digunakan untuk bayar hutang lapuk syarikat PSC ini. Maklumat ini ada dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Namun di sebalik bebanan ini, projek LCS yang dibina oleh BNS di Malaysia telah membuka peluang kerja teknikal dan kejuruteraan kepada hampir 3,000 jurutera, lebih 400 vendor tempatan dalam pelbagai bidang yang dengan nilai projek lebih RM4 bilion dan ribuan lagi pekerjaan di syarikat vendor ini.

Projek ini terhenti pada tahun 2019 atas pelbagai sebab tetapi Kabinet pada April 2022 telah memutuskan untuk menyambung semula pembinaan projek ini berdasarkan opsyen yang paling murah.

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira tiga opsyen. Pelan penstrukturan semula BNS ini diteliti oleh pihak kerajaan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Kabinet yang mengambil masa selama lapan bulan.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan