26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

SKM dapat RM100 juta bantu kembangkan industri agromakanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH RM100 juta peruntukan di bawah Tabung Agromakanan diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membantu koperasi mengembangkan industri agromakanan khususnya penternakan ayam.

Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri berkata, langkah itu diharap dapat membantu koperasi meningkatkan pengeluaran makanan, seterusnya mengurangkan masalah kenaikan harga barang yang memberi impak besar kepada Keluarga Malaysia.

“Kerajaan juga bersetuju agar koperasi-koperasi diberi kuota pekerja asing supaya urusan perladangan dapat berjalan dengan lancar.

“Kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM10 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) bagi membiayai penganjuran aktiviti-aktiviti kolaborasi strategik bersama persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti penganjuran pameran dan ekspo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Bulan Koperasi Kebangsaan 2022 di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga menyokong penubuhan Koperasi Rakyat BR 2.0 Malaysia Berhad atau BR 2.0, sebuah entiti koperasi yang baharu ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502] dan dikawal selia oleh SKM.

Advertisements

“BR 2.0 juga dijangka memainkan peranan lebih besar iaitu membantu membangunkan sektor koperasi serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Penubuhan BR 2.0 turut membolehkan Keluarga Malaysia melabur dan memiliki saham dalam koperasi seperti mana Bank Rakyat dengan jangkaan pulangan yang baik,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyeru semua koperasi di negara ini mencontohi gerakan koperasi di Jepun yang diletakkan di bawah Japanese Consumer Cooperative Union (JCCU).

Beliau berkata, JCCU merupakan gabungan 572 koperasi pengguna dan dianggotai oleh 22 juta orang berjaya mencatat keuntungan RM2.6 bilion pada tahun 2021.

Kata beliau, gabungan koperasi itu bukan sekadar menguasai segmen pasaran dengan membekalkan barangan keperluan harian tetapi mampu menawarkan persekitaran yang lestari kepada komuniti setempat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan