27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Treler terbalik hempap dua kereta di plaza tol

Pemandu kedua-dua kereta terbabit berjaya dikeluarkan 20 minit kemudian selepas treler itu diangkat menggunakan trak penunda.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH lori treler terbalik lalu menghempap dua buah kenderaan di Plaza Tol Alor Setar Selatan, Alor Setar, Kedah semalam.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, dua orang pemandu kenderaan berhadapan detik-detik cemas sementara menanti diselamatkan.

Treler terbabit yang dipercayai hilang kawalan disebabkan kerosakan brek cuba mengelak daripada merempuh kereta di hadapannya dengan masuk ke lorong kiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, treler itu bagaimanapun terbalik lalu menghempap dua kereta yang berada di sebelah kanannya.

“Sewaktu kejadian, pemandu kereta Proton Exora baru selesai membuat pembayaran di kaunter tol sementara kereta Proton Gen 2 sedang menunggu giliran di belakangnya.

Advertisements

“Tiba-tiba sebuah treler meluncur laju dari arah belakang kereta itu memasuki bahagian belah kiri namun tersangkut pada batu pembahagi jalan lalu terbalik menghempap dua kereta itu.

“Pemandu yang tidak mengalami kecederaan itu memaklumkan dia hilang kawalan selepas sistem brek tidak berfungsi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ahmad Shukri berkata, pemandu kedua-dua kereta terbabit berjaya dikeluarkan 20 minit kemudian selepas treler itu diangkat menggunakan trak penunda.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan