26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Pembangunan Sabah terhenti zaman PH perlu diteruskan – Najib

Beliau telah menyediakan peruntukan paling tinggi untuk Sabah di bawah Rancangan Malaysia.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AGENDA pembangunan Sabah mesti diteruskan walaupun terhenti dan terjejas teruk selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek-projek yang tergendala sebelum ini kini disambung semula dan dibangunkan.

“Diberitahu tadi penduduk kampung di Putatan nak jumpa saya. Saya aturkan sedikit masa. Makan malam bersama masyarakat setempat.

“Ramai bertanya mengenai agenda pembangunan Sabah. Bagi saya, apa yang kita pernah merancang dan melaksanakan di sini boleh dijadikan rujukan,” katanya menerusi Facebook, malam tadi.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perancangan berkenaan membabitkan aspek pertanian dan komoditi ke perindustrian serta infrastruktur selain perhubungan ke perkhidmatan.

Najib berkata, beliau telah menyediakan peruntukan paling tinggi untuk Sabah di bawah Rancangan Malaysia sepanjang pentadbirannya sebelum ini.

Advertisements

“…dan banyak lagi dalam perancangan kerana Sabah dan Malaysia mempunyai potensi pembangunan dan daya tarikan buat pelabur asing.

“Malangnya, terhenti dan terjejas teruk selepas PH ambil alih sehinggalah kini projek-projek yang tergendala disambung semula dan dibangunkan.

“Malah beliau terus mengingatkan pembangunan di sana perlu ditingkatkan.

“Saya selalu kata. Kita perlu tingkatkan. We must do more and we can do more. Marilah kita bersama-sama. Kembalikan agenda pembangunan di Sabah!,” kata beliau.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan