30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 18, 2022

Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Pemulihan Negeri perlu segera dibentuk bagi melancarkan usaha memulihkan ekonomi bersepadu melibatkan kerjasama kerajaan Pusat dan negeri, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, cadangan penubuhan majlis itu telah diusulkan kepada kerajaan dan dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Muhyiddin berkata, majlis pemulihan itu sebaik-baiknya diketuai Menteri Besar atau Pengerusi Jawatankuasa negeri yang bertanggungjawab dalam soal ekonomi di peringkat negeri masing-masing kerana soal pentadbiran dan perniagaan ada kaitan dengan bidang kuasa kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sewajarnya kerajaan negeri juga harus bertindak mengambil langkah-langah yang diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai isu malahan beri bantuan dan sokongan kepada mereka yang terkesan seperti peniaga terutama usahawan kecil bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Pengerusi MPN Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, aspek sedemikian jika tidak diberi tumpuan segera akan memberikan kesan besar antaranya pertambahan kadar kemiskinan.

“Berikutan pandemik COVID-19, semakin ramai golongan T20 sudah berubah menjadi M40 dan begitu juga M40 dan B40 yang berubah status ekonomi mereka.

Baca juga:   MPN cadang sempadan negara dibuka seawal 1 Mac

“Jelas terbukti bilangan yang sudah jatuh miskin sangat ramai. Sebahagian besar kategori itu orang Islam termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak,” katanya.

Baca juga:   Langkah intervensi kerajaan jamin kestabilan harga ayam standard

Muhyiddin berkata, apa yang jelas, setiap negeri di Malaysia berhadapan cabaran-cabaran tersendiri dalam pemulihan ekonomi di peringkat negeri masing-masing termasuk negeri Kelantan seperti isu tenaga kerja mahir, sektor-sektor khusus seperti tekstil dan pembasmian kemiskinan.

“Seperti yang telah MPN usulkan sebelum ini, setiap negeri perlu mempunyai Majlis Pemulihan Negeri masing-masing kerana terdapat beberapa perkara yang hanya boleh ditangani oleh pihak berkuasa tempatan di peringkat negeri.

“Kita harus menumpukan sepenuh usaha pemulihan di peringkat negeri malah sehingga ke daerah, supaya proses pemulihan di peringkat nasional adalah sekata rentas sektor, komuniti dan negeri.

“Tidak ada guna jika masih terdapat negeri yang pulih lebih awal, manakala negeri negeri lain ketinggalan. Jika perkara ini tidak diselaraskan dengan strategik dan sistematik, jurang pembangunan antara negeri akan terus melebar, dan ini akan merencatkan proses pemulihan negara.

“Sudah pasti pandangan-pandangan yang disampaikan hari ini akan diteliti oleh MPN dalam pembentukan Pelan Pemulihan Negara 2.0 (PPN2.0) bagi memastikan usaha pemulihan ini dapat dimanfaatkan oleh semua rakyat Malaysia.

“Insya-Allah, MPN akan mengadakan lebih banyak lagi sesi dialog dan libat urus sebegini bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam menikmati hasil pemulihan ekonomi yang lebih menyeluruh dan bermakna pasca pandemik,” katanya.

Katanya lagi, MPN juga akan terus mengadakan sesi dialog bersama pakar-pakar industri bagi mendapat input mereka bagi isu-isu kritikal seperti kos sara hidup, yang jika tidak ditangani akan merencatkan proses pemulihan negara.

Baca juga:   Mayat pesara kerajaan tinggal rangka ditemukan terbaring
Baca juga:   Lebih banyak pihak perlu tampil bantu golongan terjejas

“Namun saya yakin dan percaya, apabila kita berusaha sebaik mungkin dengan kejujuran dan keikhlasan, segala usaha kita ini akan diberkati dan dipermudah demi membela nasib dan menjamin kesejahteraan bangsa dan negara yang kita cinta ini, Insya-Allah,”katanya.

Jelas beliau, apa yang lebih penting adalah kita terus mendengar, memahami denyut nadi rakyat dan bersama mencari penyelesaian yang strategik dan bijaksana kepada permasalahan sosioekonomi di Malaysia bagi memastikan negara kembali kepada landasan pembangunan yang tepat pasca pandemik.-Edisi 9

Terkini

Tiga lelaki dipenjara lapan bulan, denda RM1,000 cedera guru tahfiz

MAHKAMAH Majistret hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan kepada tiga lelaki selepas mereka mengaku bersalah mencederakan seorang tenaga...

Lagi Artikel Berkaitan