32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Masa depan UMNO sudah tiada – Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan masa depan UMNO dengan Melayu sudah tiada lagi berikutan keputusan mengejut kepimpinan parti itu membuat pemecatan dan penggantungan beberapa individu.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, masa depan UMNO kini seperti sudah tersasar berikutan tindakan pemimpin tertingginya yang melampaui batas.

“Saya fikir masa depan UMNO dengan Melayu sudah tiada lagi. Minta maaflah, Presiden dah bertindak luar batas. Telah membawa UMNO ke satu hala tujuan yang bukan difikirkan awal-awal di situ, jauh tersimpangnya.

“Kalau saya nak fikir dari sudut PN dan Bersatu, kami bersorak, tapi hakikatnya kami tak bersorak.  Kita akan terus berusaha untuk memberitahu pada orang Melayu bahawa Bersatu, Pas dan PN khususnya akan jadi parti yang diperjuangkan.

“Jangan harap pada UMNO lagi kerana UMNO dah tak boleh diharapkan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, Johor, hari ini.

Baca juga:   Najib pertahan pendekatan 'cash is king'

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan Bersatu sedia memperhalusi sekiranya ada permohonan daripada pemimpin UMNO yang dipecat atau digugurkan ingin menyertai parti tersebut.

Mengulas mengenai keputusan UMNO menggantung serta menggugurkan beberapa pemimpinnya, Muhyiddin menyatakan ianya sebagai tindakan tidak berdemokrasi.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO berkata, sebarang keputusan besar seumpama itu seharusnya dilakukan mengikut prosedur sebelum bertindak menggugurkan keahlian mereka.

Baca juga:   Jawatan tertinggi parti: Zahid serah kepada perwakilan UMNO

“Saya minta maaf, saya patut tak boleh campur urusan parti orang lain, tetapi kerana saya pernah berada dalam parti itu dan fikir kalau orang seperti saya pun lihat tentu mereka rasa kecewa atau dukacita.

“Apa sudah jadi dengan UMNO? Macam tiada demokrasi, buat keputusan pecat macam itu sahaja. Dia ada Perlembagaan setahu saya dan saya dulu Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan UMNO, ikutkan kalau seseorang pemimpin atau sesiapa nak dipecat ada prosedur.

“Hantar surat tunjuk sebab, kemudian ada ruang untuk dirayu, dipertimbangkan, tetapi yang ini dengarnya macam semalam bincang, semalam buat keputusan. Saya tak tahulah mungkin kuasa Presiden agaknya lebih besar,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Guan Eng saman fitnah Muhyiddin, isu cukai Yayasan Albukhary

Pengerusi DAP, Lim Guang memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau dikaitkan membatal...

Lagi Artikel Berkaitan