31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KPM isi 50 peratus kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan cuba mengisi 50 peratus daripada anggaran jumlah 3,000 kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac depan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata usaha itu adalah langkah awal pihaknya bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di Sarawak.

Beliau juga yakin penyelesaian mampu dicapai walaupun dasar nisbah 90:10 guru Sarawak dan guru bukan dari Sarawak masih digunakan di negeri itu.

“Akan ada penempatan baharu (guru) menjelang Mac dan kami akan cuba selesaikan dalam 50 peratus dahulu kerana isu penempatan guru ini bukan sahaja berlaku di Sarawak tetapi negeri-negeri lain yang harus kami selesaikan juga.

“Penempatan guru juga ada kitaran, ada juga guru yang mohon untuk pulang ke negeri asal dan kami perlu bawa guru baharu untuk gantikan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa di Kuching, Sarawak, hari ini.

Fadhlina berkata selain isu kekurangan guru, isu fasiliti termasuk membaik pulih sekolah daif menjadi agenda utama KPM di Sarawak.

Pada 26 Januari lalu, Fadhlina berkata usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini.

Katanya KPM sudah mengenal pasti sebanyak 455 sekolah daif dalam skala enam dan 113 sekolah daif dalam skala tujuh.

Skala enam dan tujuh dalam penilaian infrastruktur sekolah itu merujuk kepada keadaan bangunan yang bahaya serta tidak selamat digunakan.

BERNAMA

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan