28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis Kedah gempur ‘Flat Colombia’, 42 individu ditahan

Operasi ini turut berjaya mengesan dan menahan 2 individu yang mempunyai status dikehendaki (wanted).

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 42 individu ditahan dalam serbuan di rumah pangsa sekitar Sungai Petani, Kedah yang digelar ‘Flat Columbia’ selepas lokasi berkenaan menjadi sarang aktiviti jenayah dan penjualan serta penagihan dadah.

Serbuan berkenaan dibuat sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama Bahagian Siasatan Jenayah seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam.

Menurut Ketua Polis negeri Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, seramai 169 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 dan 2 turut dipanggil bagi mengepung kawasan flat itu.

“Flat Columbia ini dikatakan menjadi sarang aktiviti pengedaran dan penagihan dadah selain pelbagai masalah sosial dan jenayah.

“Operasi turut tertumpu kepada orang dikehendaki serta gangsterism, kontraban, bengkel haram dan judi,” katanya hari ini.

Wan Hassan berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 36 lelaki dan enam wanita termasuk lapan daripadanya dikehendaki polis kerana pelbagai kesalahan.

Advertisements

Menurut beliau, dalam serbuan itu polis turut merampas pelbagai jenis dadah, rokok seludup, dawai tembaga dan air ketum.

“Sebanyak 78 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan penghuni flat terbabit.

Ujar Wan Hassan, operasi seumpama itu akan diteruskan bagi memastikan aktiviti jenayah dapat dikurangkan dan masyarakat dapat menjalani kehidupan tanpa berada dalam keadaan ketakutan.

Dalam satu hantaran di Facebook Polis Kedah malam tadi, lebih daripada 400 buah rumah telah diperiksa di sebuah kawasan flat perumahan di daerah ini.

“Operasi ini turut berjaya mengesan dan menahan 2 individu yang mempunyai status dikehendaki (wanted).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan