28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, December 2, 2022

Bagaimana pula Malaysia akan bankrap seperti Sri Lanka?

Sri Lanka telah mencatat defisit perdagangan antarabangsa tiap-tiap tahun sejak lebih 10 tahun lama.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam niat pembangkang yang menggunakan kesempatan keadaan ekonomi sehingga diisytihar bankrap di Sri Lanka bakal berlaku di negara ini.

Beliau berkata, masalah Sri Lanka ialah kekurangan rizab matawang asing (FOREX) untuk membeli barang import dan untuk membayar hutang matawang asing.

“Rizab matawang asing Sri Lanka juga semakin berkurang sebab negara itu telah bertahun-tahun mencatatkan defisit perdangangan antarabangsa (iaitu nilai import lebih tinggi banding nilai eksport.

“Negara Sri Lanka yang merupakan net importer bahan api sedang menghadapi masalah besar mengimport bahan api untuk petrol dan untuk menjana kuasa elektrik setelah harga minyak dan gas dunia telah melambung tinggi.

“Keadaan di sana adalah jauh berbeza dengan Malaysia… Jadi, bagaimana pula Malaysia akan bankrap seperti Sri Lanka?

Hujahnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di Facebook beliau, hari ini.

Baca juga:   385 pelajar IPT anak Padang Terap terima bantuan sara hidup

Ujar Najib lagi, geng Pakatan Harapan (PH) kelihatan tidak kisah dan akan menggunakan kesempatan berkenaan untuk menipu, menakutkan dan menghasut rakyat.

“Besar paling nyata ketika ini ialah warga Sri Lanka kini perlu beratur hampir seminggu untuk membeli petrol.

Namun menurutnya, keadaan itu berbeza di negara ini apabila Lebuhraya Malaysia pula sesak dengan trafik ketika pulang untuk berhari raya pada minggu lepas.

Dalam pada itu, Najib menjelaskan hutang Sri Lanka dalam matawang asing sebanyak US$51b dengan rizab asing cuma US$2.4b.

Baca juga:   Nooryana rindu beli makanan kepada Najib

Manakala, hutang Malaysia dalam matawang asing sebanyak US$6b tetapi rizab asing kita adalah US$116b.

“Sri Lanka telah mencatat defisit perdagangan antarabangsa tiap-tiap tahun sejak lebih 10 tahun lama.

“Malaysia pula telah mencatat kelebihan (surplus) bagi perdagangan antarabangsa dengan konsisten sejak lebih 25 tahun dahulu.

Menurut beliau, Sri Lanka adalah negara pengimport bahan api dan harga dunia yang tinggi merupakan beban besar padanya.

“Malaysia pula adalalh negara pengeksport bahan api dan harga minyak dan gas dunia yang tinggi merupakan manfaat besar bagi kita,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa laporan dalamyang dilihat bertujuan untuk mengelirukan rakyat mengenai kedudukan kewangan dan situasi hutang negara.

Edisi9 semalam melaporkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kedudukan fiskal negara masih kukuh dan hutang Kerajaan Persekutuan masih pada tahap terkawal.

Baca juga:   Jinq En pecah rekod kebangsaan di Olimpik Tokyo

Tengku Zafrul berkata, walaupun negara telah melalui beberapa siri krisis kemelesetan ekonomi dan kewangan sebelum ini, kerajaan amat berdisiplin dan tidak pernah gagal membayar faedah dan hutang yang matang.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Langgar syarat sah lesen, sebuah bot gentian kaca ditahan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot gentian kaca di kedudukan...

Lagi Artikel Berkaitan