32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Lelaki mati dipercayai dibelasah isteri

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG suami ditemui maut selepas disyaki dipukul sehingga mati oleh isterinya sendiri dalam satu kejadian di kawasan perumahan Flat Nipah, Taman Daya, di Johor Baharu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di dalam rumahnya.

Menurutnya, mangsa berusia 44 tahun manakala suspek berusia 35 tahun.

“Polis mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.50 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menahan suspek di kawasan sekitar.

“Anak lelaki sulung pasangan itu merupakan saksi kepada kejadian tersebut,” katanya hari ini.

Ujar Raub lagi, suspek akan dikenakan perintah reman manakala motif dan senjata digunakan suspek masih dalam siasatan polis.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Pengecualian visa: Aspek keselamatan negara tidak diabaikan – PM

SUSULAN pengumuman kerajaan mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan...

Lagi Artikel Berkaitan