34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Lelaki kelar isteri, bayi ditahan bersama pisau

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian kematian isteri dan anaknya ditahan polis dalam keadaan berbogel di sekitar Permas Jaya, Johor Baharu, kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kematian dua beranak itu pada 12.42 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan pihak polis, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12.30 tengah hari dan bertindak atas maklumat polis berjaya menangkap suspek.

“Suspek ditahan di kawasan Permas Jaya pada 2.45 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS),” katanya.

Raub berkata, turut dirampas sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut kes berkenaan.

Tambah beliau, sehubungan itu orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 013-4472909 untuk membantu siasatan polis.

Terdahulu, beberapa rakaman video telah tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Rakaman tersebut dipercayai dibuat selepas suspek melakukan perbuatan jenayah tersebut.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan