30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pelaksanaan Malaysia Digital diselaras di peringkat tertinggi – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TADBIR urus dan strategik pelaksanaan Malaysia Digital (MD) akan diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan, dan pemantauan serta penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi struktur tadbir urus baharu tersebut, MD berperanan mempercepatkan pendigitalan di seluruh negara, memangkinkan bidang pertumbuhan baharu serta meningkatkan penyertaan syarikat teknologi tempatan.

“Selain itu, ia juga bagi menarik pelaburan-pelaburan berpotensi, sejajar dengan usaha merealisasikan aspirasi dan sasaran negara,” kata beliau semasa melancarkan MD yang sebelum ini dikenali sebagai MSC Malaysia di Kuala Lumpur, malam ini.

Bagi merancakkan ekonomi digital negara, Perdana Menteri berkata, rangka kerja inisiatif baharu MD telah dibangunkan dengan berpandukan kepada tiga prinsip utama, iaitu Fleksibiliti, Ketangkasan, dan Relevansi.

Jelasnya lagi, MD menerusi Projek Mangkin MD atau PEMANGKIN akan berfungsi secara holistik menerusi tiga keutamaan strategik iaitu membantu memacu adaptasi digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan rakyat, menyokong syarikat teknologi tempatan untuk menjadi Juara Malaysia berjaya di peringkat antarabangsa dan menarik pelaburan bernilai tinggi.

“Saya yakin menerusi keutamaan berkenaan, MD akan memacu lebih banyak program berimpak tinggi dan memberi impak langsung serta segera, khususnya kepada Keluarga Malaysia,” katanya lagi.

Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata, pada peringkat awal, dua PEMANGKIN akan diperkenalkan di bawah MD iaitu program DE Rantau dan Digital Trade.

Program DE Rantau, jelasnya lagi, bertujuan menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan di rantau ini melalui peningkatan penggunaan digital, mobiliti profesional digital dan aktiviti pelancongan di seluruh negara.

Advertisements

Program Digital Trade pula, kata Perdana Menteri, berperanan untuk memacu e-Dagang dan adaptasi digital oleh perniagaan serta memudahkan perdagangan merentas sempadan, selaras dengan Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan (NESR).

“Program DE Rantau bertujuan menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan di rantau ini melalui peningkatan penggunaan digital, mobiliti profesional digital dan aktiviti pelancongan di seluruh negara.

“Digital Trade pula bertujuan untuk menyokong pergerakan data yang lancar antara perniagaan untuk meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kebolehpercayaan transaksi merentas sektor dan industri,” katanya lagi.

Menerusi penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Ismail Sabri berkata, program berkenaan akan dapat mempermudah jangkauan yang lebih luas ke pasaran global, sekali gus memberi manfaat besar kepada perniagaan tempatan khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Kabinet juga telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital (MD-CC) bagi menyelaras tadbir urus dan operasi, serta penganugerahan status MD.

Bagi tujuan berkenaan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia di bawah Tan Sri Annuar Musa akan diberi tanggungjawab untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut.

Perdana Menteri turut mengumumkan enam syarikat kelompok pertama yang menerima status MD iaitu Bytedance System Sdn Bhd, Bridge Data Centres Malaysia (III) Sdn Bhd, GDS IDC Services (Malaysia) Sdn Bhd, Abbott Laboratories (Malaysia) Sdn Bhd, Aceteam Connect Sdn Bhd dan Peninsula Apex Technologies Sdn Bhd. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan