31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MB mahu kawasan banjir Baling diisytihar bencana tahap 1, 2

Bagi Darurat Bencana Tahap 1, ia boleh diisytiharkan oleh Pegawai Daerah selaku Pengarah JPBP.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEDAH sekali lagi diuji bencana banjir apabila Baling menjadi daerah terkini diduga dengan 334 mangsa banjir dari sembilan kampung dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 2 pagi tadi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata beliau mahu seboleh-bolehnya kawasan yang kritikal di beberapa kampung yang terjejas banjir di Baling diisytihar sebagai kawasan Darurat Bencana Tahap 1 atau 2 selari dengan situasi dan bidang kuasa yang ada.

Menurutnya, pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan (belanja kecemasan) berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing.

“Menurut Arahan MKN20, kuasa mengisytiharkan Darurat Bencana (Tahap 3) terletak di tangan Perdana Menteri atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP). Bagi Darurat Bencana Tahap 1, ia boleh diisytiharkan oleh Pegawai Daerah selaku Pengarah JPBP.

“Perbelanjaan atas sebab kecemasan akan memudahkan agensi segerakan semua langkah yang perlu untuk memperbaiki infrastruktur yang rosak dan memulihkan keperluan dan kemudahan asas penduduk terbabit,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun menurut Sanusi, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pagi ini yang akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim selaku Pengarah JPBN.

“Pada jam 10 pagi, Ketua Polis Daerah selaku Pengarah Operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) akan memberikan taklimat awal operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Buat masa ini, ia belum dapat disahkan. Saya doakan semua mangsa dapat bersabar dengan ujian ini dan semua agensi dan sahabat handai akan terus membantu kerana kita semua adalah bersaudara,” katanya.

Semalam, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang tadi, kawasan dilaporkan terjejas ialah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang, selepas berlaku limpahan air sungai di kawasan berdekatan.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan