24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sembilan buah sekolah terjejas banjir di Baling – Radzi

JPN Kedah serta PPD Baling telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEJADIAN banjir di daerah Baling, Kedah petang semalam turut menjejaskan lebih sembilan buah sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dalam satu hantaran di Facebook berkongsi perkembangan terkini di lokasi bencana banjir membabitkan sekolah serta aset KPM.

Menurutnya, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baling telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.

“… ini termasuk membuka sekolah untuk dijadikan pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir.

“Saya akan terus mengikuti perkembangan situasi ini dan memastikan kebajikan warga pendidikan yang terkesan diberikan perhatian,” kongsinya hari ini.

Dalam pada itu, Radzi turut menyeru untuk sama-sama berdoa semoga banjir tidak berlarutan dan usaha membantu serta menyelamatkan penduduk terlibat dipermudahkan.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) segera menyelaras bantuan Musa’adah bagi membantu mangsa kejadian banjir lumpur di Baling, Kedah.

Advertisements

Penyelarasan bantuan itu yang diketuai Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff akan ke kawasan berkenaan bersama pihak berkuasa negeri Kedah bagi membantu penduduk yang terkesan dan terjejas.

Idris berkata, beliau kini berada di Mekah dan mengikuti perkembangan kejadian banjir lumpur yang melanda beberapa kawasan di daerah Baling menerusi media.

“Dari lubuk hati yang dalam, saya berasa amat dukacita dan bersimpati dengan penduduk yang terlibat ujian itu.

“Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Jakim untuk segera menyelaras bantuan Musa’adah bersama pihak berkuasa negeri bagi membantu penduduk yang terkesan dan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, hujan lebat selama tiga jam sejak 2 petang, mengakibatkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing.

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah itu kira-kira jam 6 petang telah menyebabkan beberapa mangsa terperangkap dan tiga sekeluarga termasuk wanita hamil anak pertama dilaporkan hilang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan