27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Empat maut nahas tujuh kenderaan termasuk treler

Keempat-empat mangsa tersepit di dalam kenderaan dan anggota menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan di Ipoh, Perak, petang tadi.

Empat mangsa iaitu seorang lelaki dan tiga wanita disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Facebook Bomba Meru Raya melaporkan, pihak hospital telah mengesahkan mangsa-mangsa yang menaiki kenderaan Proton Pesona telah meninggal dunia.

Mereka ialah Rahim Ramli, 60; Siti Petimah Omar, 59; Nor Nadirah Rahim, 28 dan Nor Hamizah Rahim, 27.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada 3.02 petang sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Advertisements
Kesemua mangsa yang meninggal dunia menaikai kereta Proton Pesona. – Sumber: FB Bomba Meru Raya

“Setibanya jentera di lokasi didapati kemalangan membabitkan tujuh kenderaan iaitu sebuah lori treler dan enam kereta sedan.

“Keempat-empat mangsa tersepit di dalam kenderaan dan anggota menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

“Kesemua mangsa disahkan maut oleh petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis dan keseluruhan operasi tamat pada jam 4.16 petang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan