25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

China sedia tingkat kerjasama bilateral dengan Malaysia – PM

Turut sampaikan penghargaan Beijing kepada Kuala Lumpur kerana libatkan syarikat negara itu dalam pembangunan Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN China menyatakan kesediaan mereka untuk meningkatkan kerjasama bilateral dengan Malaysia terutama dalam mengangani cabaran semasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika mengunjungi beliau di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, antara kerjasama dua hala yang akan diberi perhatian termasuk cabaran inflasi global dan keselamatan makanan yang turut dirasai oleh negara itu.

“Kunjungan Wang Yi merupakan langkah positif ke arah meningkatkan hubungan Malaysia-China.

“Kami berbincang dalam suasana mesra selama satu jam, mengenai hubungan dua hala serta kepentingan dalam membangunkan ekonomi digital.

“Wang Yi telah menyatakan bahawa Kerajaan China terus memberikan keutamaan untuk meningkatkan kerjasama dua hala dengan Malaysia, terutamanya bagi menangani cabaran semasa yang dihadapi kedua-dua negara pada hari ini, seperti inflasi global dan keselamatan makanan,” katanya menerusi Facebook beliau.

Wang Yi bersama rombongan bertemu Perdana Menteri di Putrajaya.

Ismail Sabri berkata, dalam pertemuan tersebut, Wang Yi yang juga Penasihat Negara China itu turut menyampaikan penghargaan Beijing kepada Kuala Lumpur kerana memberi peluang kepada syarikat-syarikat infrastruktur negara itu terlibar dalam projek pembangunan Malaysia.

Advertisements

Antara peluang tersebut termasuk pelaksanaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang mana China berhasrat untuk meneruskan kesinambungan jaringan landasan kereta api yang turut melibatkan Laos dan Thailand.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia turut mencadangkan agar China memainkan peranan penting bagi memastikan keamanan dunia dikekalkan.

“Saya menyuarakan pandangan bahawa setiap konflik yang berlaku wajar diselesaikan di meja rundingan dan bukan melalui peperangan.

“Saya turut menyampaikan ucap selamat kepada Presiden Xi Jinping dan Premier Li Keqiang,” kata beliau.

Ismail Sabri turut menyuarakan hasrat untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara itu dalam masa terdekat dan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi dan Premier Li.

“Dalam masa sama, kerajaan juga mengalu-alukan minat lebih banyak delegasi rasmi dan perniagaan dari China seperti Huawei untuk sama-sama terlibat dalam inisiatif Malaysia,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan