30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pencarum KWSP boleh guna Akaun 2 untuk beli insurans, takaful

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli bagi membolehkan pencarum membeli produk insurans dan takaful menggunakan Akaun 2.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, platform yang diperkenalkan KWSP itu dapat membantu ahli mendapatkan perlindungan bagi menghadapi situasi yang tidak diduga dan di luar kawalan.

Menurutnya, kerajaan komited untuk meningkatkan perlindungan sosial bagi memastikan akses kepada sekurang-kurangnya tahap asas perlindungan dan keselamatan sosial bagi Keluarga Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, hari ini KWSP telah melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli untuk memudahkan pembelian produk insurans dan takaful bagi semua ahlinya.

“Pelan-pelan tersebut dapat menggantikan pendapatan atau simpanan tambahan sekiranya ahli menghadapi sebarang musibah seperti kematian, kehilangan upaya secara menyeluruh dan penyakit kronik,” katanya hari ini.

Ujar tengku Zafrul lagi, perlindungan berkenaan boleh diperolehi dengan sumbangan premium yang berjumlah hanya beberapa ringgit sebulan, menerusi syarikat-syarikat insurans serta pengendali takaful yang disediakan di atas platform KWSP.

“Malah, yang lebih istimewa, saya difahamkan ahli tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan untuk membeli pelan insurans atau takaful yang ditawarkan di platform KWSP,” katanya.

Sehubungan itu menurut beliau individu yang berminat, bolehlah layari laman web rasmi KWSP (www.kwsp.gov.my) atau hubungi 03-8922 6000 untuk maklumat lanjut.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan