30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bangladesh jamin sedia bekal tenaga kerja diperlukan – Muhyiddin

Proses penghantaran tenaga kerja Bangladesh ke negara ini sedang berada di peringkat akhir.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BANGLADESH memberi jaminan bersedia membekalkan tenaga kerja yang diperlukan oleh Malaysia susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Bangladesh pada 19 Disember tahun lalu.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Luar Bangladesh, TYT Dr A. K. Abdul Momen dalam satu kunjungan hormat hari ini.

Menurutnya, proses penghantaran tenaga kerja Bangladesh ke negara ini sedang berada di peringkat akhir tertakluk kepada beberapa perkara yang sedang dimuktamadkan oleh kedua-kedua pihak.

“Mengenai isu kebajikan pekerja asing di Malaysia yang dibangkitkan oleh TYT Dr A.K. Abdul Momen, saya memberi jaminan bahawa hak dan kebajikan mereka adalah terjamin mengikut lunas undang-undang negara ini.

“Dalam pertemuan ini juga, beliau mengalu-alukan syarikat dari Malaysia untuk melabur dalam pelbagai sektor ekonomi di Bangladesh terutamanya bidang pertanian yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyatakan antara yang diperbincangkan dalam kunjungan tersebut ialah  mengenai hubungan dua hala Malaysia-Bangladesh terutama kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, pendidikan dan tenaga kerja.

“Saya menjelaskan kepada TYT Dr A. K. Abdul Momen mengenai proses pemulihan negara pasca pandemik yang sedang berjalan dan antara kekangan utama yang dihadapi oleh sektor industri terutama SME di negara ini ialah kekurangan tenaga kerja,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan