26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Halang Tommy Thomas tinggalkan Malaysia – Najib

Hingga kebenaran berhubung tuntutan waris Kerajaan Sulu dan surat Tommy terungkap

Mesti Baca

KERAJAAN dicadang mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang Tan Sri Tommy Thomas daripada meninggalkan Malaysia sehinggalah kebenaran mengenai isu tuntutan waris Kesultanan Sulu dapat ditemui.

Gesaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandangkan Peguam Negara ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu adalah punca keputusan sehingga aset Malaysia bernilai RM66 bilion di luar negara terancam.

Beliau turut bersetuju sekiranya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan PH sebelum ini turut dihalang daripada meninggalkan negara kerana mereka merupakan menteri-menteri utama kerajaan PH ketika itu.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, memandangkan bekas Perdana Menteri dan bekas menteri-menteri berkenaan masih membisu berhubung tuntutan dan surat Tommy, beliau berpendapat adalah wajar dan adil tindakan tersebut diambil kerajaan.

Beliau berkata, notis saman timbang tara wakil Kesultanan Sulu dikemukakan secara rasmi kepada Malaysia pada bulan Julai 2019 iaitu semasa kerajaan ditadbir oleh PH.

“Kekesalan Tommy Thomas berhubung tindakan kerajaan tidak membayar tuntutan Sulu berulang kali disebut dalam 297 perkara dalam penghakiman timbang tara tersebut.

“Dua ahli parlimen merangkap Timbalan Menteri kerajaan PH mendakwa mereka terkejut dan tidak pernah mengetahui kewujudan surat Tommy dan tidak tahu sekiranya surat tersebut mendapat mandat kerajaan PH.

“Ini soal kedaulatan negara dan soal ancaman kepada aset luar negara Malaysia bernilai RM66 bilion.

“Isu yang amat berat sekali sebab telah disifatkan oleh mahkamah antarabangsa sebagai mengiktirafkan tuntutan Sulu ke atas Sabah,” katanya dalam Facebook beliau malam ini.

Untuk rekod ketika PH menguasai Putrajaya, kerajaan itu diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri manakala Datin Seri Wan Azizah Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri.

Menteri Dalam Negeri pula dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) manakala Menteri Pertahanan pula adalah Mohamad Sabu. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan