26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

SKSSR bagi caruman suri rumah adalah secara sukarela

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SKIM Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kendalian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah secara sukarela kepada semua suri rumah di Malaysia dan suami tidak wajib mencarum untuk isteri masing-masing.

Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat PERKESO, Izad Raya, berkata menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan di Dewan Rakyat semalam, ia menyatakan bahawa suami hanya wajib membayar caruman untuk isterinya jika beliau memilih untuk berbuat demikian dan perlu memaklumkan kepada PERKESO.

Dalam situasi itu katanya, ia boleh menjadi suatu kesalahan kepada suami jika gagal membayar caruman berkenaan dan sabit kesalahan suami boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagaimanapun, jika pasangan tersebut bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmen beliau untuk membayar caruman adalah terbatal.

Baca juga:   Perkeso buka permohonan bagi 6 program

“Dalam hal ini, isteri beliau atau suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Izad berkata, bagi situasi di mana suami tidak memilih untuk membayar caruman SKSSR untuk isteri atau suri rumah yang tidak mempunyai suami, caruman berkenaan boleh dibayar sendiri oleh isteri atau suri rumah tersebut atau pihak ketiga kepada PERKESO.

Baca juga:   Dua beradik lelaki mati lemas dalam parit

Justeru katanya, laporan berita yang diterbitkan oleh beberapa media tempatan termasuk menerusi platform dalam talian mengenai kegagalan suami membayar caruman PERKESO isteri yang juga suri rumah boleh dikenakan denda atau hukuman penjara adalah tidak tepat.

Kelmarin media melaporkan, suami yang didapati gagal membayar caruman kepada isteri yang juga suri rumah, yang berdaftar dengan PERKESO boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Perkara itu terkandung dalam draf RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama Saravanan di Dewan Rakyat.

RUU itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial bagi suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu bagi peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah dan bagi berkaitan dengannya.-Edisi 9

Baca juga:   3,245 kes positif COVID-19 hari ini

Wartawan

Terkini

2 individu ditangkap gaduh guna rantai besi, parang depan kilang

DUA individu ditangkap polis semalam membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, Kota...

Lagi Artikel Berkaitan