31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Penceramah bebas direman rogol remaja 14 tahun

Pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Perak mengesahkan menerima laporan kejadian rogol membabitkan seorang penceramah bebas bergelar ustaz yang terlebih dahulu telah ditahan di Selangor, semalam.

Laporan polis itu dibuat di Ipoh kelmarin oleh remaja perempuan berusia 14 tahun.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, siasatan lanjut akan dijalankan ke atas suspek berikutan aduan yang diterima daripada mangsa.

“Ada satu laporan polis diterima di sini (Perak) dan kita sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Lelaki itu sudah ditahan di Selangor dan besar kemungkinan suspek akan diserahkan kepada kontinjen Perak untuk kita meneruskan siasatan bagi laporan polis yang diterima di sini,” katanya selepas mengadakan Lawatan Kerja Ketua Polis Perak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Perak, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30 tahun ditahan semalam, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor bagi membantu siasatan kes rogol remaja berusia 14 tahun.

Lelaki berkenaan direman lima hari untuk siasatan kes rogol berkenaan.

Advertisements

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata hasil siasatan awal polis mendapati, pengadu berusia 14 tahun berkenalan dengan suspek berusia 30-an sejak Mei 2021.

Menurutnya, bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.

Bertindak dari maklumat tersebut, sepasukan Pegawai dan anggota Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek jam 4.50 petang semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Setakat ini, sebanyak 4 kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak melibatkan pengadu yang sama,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan