25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

32 kilogram dadah dirampas APMM di Tawau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GARA-gara takut ditahan, seorang lelaki yang juga juragan bot bertindak membuang sebuah beg berisi 32 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.76 juta di perairan Inderasabah, Tawau pada malam Isnin selepas dikejar bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah APMM Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata rampasan dadah menerusi Op Sejahtera pada 11.30 malam itu sekali gus menggagalkan sindiket pengedaran syabu yang dipercayai didalangi warga tempatan dan negara jiran.

“Peronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot laju yang mencurigakan dan juragan bot ini tiba-tiba memecut laju bot ke arah muara Sungai Inderasabah selepas menyedari bot dikendalikannya dihampiri pihak peronda.

“Dalam lima minit peronda mengejar dan kerana panik juragan bot membuang satu bungkusan ke laut, selain juragan terdapat kelibat seorang lagi individu dipercayai kru bot, bagaimanapun suspek meloloskan diri ke kawasan paya bakau di sekitar Inderasabah,” katanya dalam sidang media pada Selasa, lapor Bernama.

Baca juga:   6 pemancing yang hanyut ditemukan selamat

Dalam pada itu, Shahrizan berkata pencarian bungkusan itu di perairan Inderasabah membawa kepada penemuan sebuah beg.

“Pemeriksaan lanjut mendapati beg berkenaan mengandungi 32 peket bungkusan dengan label teh Cina ‘Guan Ying Wang’, yang setiap satu berisi syabu seberat 1 kg.

“Kita percaya dadah ini diproses di Malaysia untuk pasaran Indonesia,” katanya dan menambah ia merupakan rampasan dadah terbesar pernah dilakukan Zon Maritim Tawau.

Baca juga:   Kes Natxo Insa dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah di perairan Zon Maritim Tawau diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan menghubungi talian 089752116 atau MERS999.

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan