Tuesday, June 16, 2026

Tiga maut nahas dua kenderaan di Serendah

Mereka yang meninggal dunia adalah B Janani Sri, 25, PS Thamilselvam, 25 dan PS Sasitaran, 18.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA individu maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di depan Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Kuala Kubu Bharu, Selangor, hari ini.

Mereka yang meninggal dunia adalah B Janani Sri, 25, PS Thamilselvam, 25 dan PS Sasitaran, 18.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 4.30 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan treler,” katanya.

Difahamkan, siasatan sedang dijalankan dan butiran lanjut akan dikongsikan oleh polis.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan