28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Nombor kenderaan UG dibuka untuk bidaan hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SIRI nombor pendaftaran kenderaan UG yang dilancarkan Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Permaisuri Zara Salim pada Mei lalu dibuka untuk bidaan orang ramai bermula hari ini.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi menyahut hasrat kerajaan membantu penjanaan kewangan universiti menerusi anak syarikat UHSB dengan kerjasama syarikat tempatan iaitu Aquatwo Sdn. Bhd.

“Orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan yang diminati mereka dengan mengisi borang bidaan melalui pautan laman web www.ugplat.com.my.

Advertisements

“Laman web itu dibuka bermula 1 Julai hingga 12 Julai dan borang bidaan tersebut perlu dihantar terus ke pejabat UHSB di Aras 1, Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar UHSB, Prof. Madya Dr. Ramlee Ismail menjelaskan, pendaftaran UG yang memberi terjemahan Universiti Guru disifatkan sebagai hadiah istimewa buat seluruh alumni institusi pendidikan itu sempena sambutan 100 tahun penubuhannya pada 22 November ini.

“Selain menjadi hadiah bermakna sempena sambutan bersejarah universiti, UHSB mengunjurkan pulangan pendapatan bernilai lebih RM3 juta,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan