28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penduduk resah, Sungai Candong kembali bertukar merah

Insiden sama pernah dikongsikan oleh pengguna media sosial di Facebook pada 12 Jun lalu apabila air sungai menjadi merah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SUNGAI Candong di Pulau Indah, Klang, Selangor kembali tular bertukar merah sehingga menimbulkan kegusaran penduduk setempat.

Difahamkan, sebelum ini insiden sama pernah dikongsikan oleh pengguna media sosial di Facebook pada 12 Jun lalu apabila air sungai menjadi merah.

Turut kelihatan, beberapa sampan serta bot yang dipercayai milik penduduk setempat untuk mencari hasil sungai.

Keadaan berkenaan menimbulkan kebimbangan terdapat kemungkinan insiden pembuangan sisa industri ke dalam sungai tersebut yang akan memusnahkan habitat di lokasi tersebut.

Advertisements

Rata-rata warganet mendesak siasatan segera dilakukan oleh pihak berkuasa dalam mengesan pelakunya ekoran kejadian itu didakwa berlaku setiap bulan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Nor Aziah Jaafar dilaporkan media setempat telah turun ke lokasi semalam sebaik menerima aduan daripada berhubung pencemaran tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran berkenaan berlaku. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan