32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tajuddin tak layak jadi duta, elok berehat – Pemuda UMNO

Mesti Baca

TINDAK-TANDUK Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyelar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat tidak wajar apatah lagi beliau bakal dilantik sebagai duta.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, tindakan Tajuddin itu bukan sahaja tidak bijak tetapi juga memalukan dirinya sendiri.

Beliau berkata, berdasarkan perlakuan Ahli Parlimen Pasir Salak itu, maka amat wajar dan tepatlah tindakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memecat beliau.

“Saya menghormati beliau sebagai orang lama dalam parti, tetapi tindak-tanduk dan sikap yang telah beliau tunjukkan itu membuktikan beliau tidak selayaknya memegang jawatan dalam MKT bahkan saya mensarankan agar beliau tidak perlu dilantik menjadi duta di Indonesia.

“Cukup-cukuplah memegang jawatan dalam parti dan juga kerajaan, berilah ruang dan peluang pemimpin lain pula untuk berkhidmat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muqharabbin, ramai pemimpin lain atau bekas pegawai tinggi kerajaan yang lebih layak dan boleh dilantik sebagai duta Malaysia ke Indonesia.

Adalah tidak baik untuk imej negara jika kerajaan menghantar seorang duta yang terpalit dengan pelbagai kontroversi di negara sendiri.

“Jangan hanya kerana ingin menjaga hati kawan-kawan, nama parti dan imej negara terpalit sekali lagi dengan kenyataan-kenyataan yang tidak matang dan memalukan,” kata beliau.

Advertisements

Seorang lagi Exco Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin pula menyeru para pemimpin dan ahli UMNO tidak menjadi ejen pemecah belah keharmonian dan kesatuan parti ketika saat menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada masa yang sama beliau berharap agar para pemimpin dan ahli UMNO tidak menjadi duri dalam daging kepada parti.

“Janganlah kita sesekali menjadi penghalang dan mula memecah belahkan parti keramat ini.

“Ingat bahawa kita semua telah bersetuju bahawa misi utama kita adalah memenangi PRU15.

“Janganlah dek kerana isu dalaman seperti ini menyebabkan kita hilang fokus terhadap sasaran utama kita.

“Nasihat saya pada beliau (Tajuddin Rahman) gunakanlah masa ini untuk berehat, nasihat juga buat diri saya dan kalian semua, usahlah kita menjadi duri dalam daging dalam keluarga UMNO yang tercinta,” katanya.

Shahrul Nasrun berkata, inilah masanya bagi pemimpin lama memberi ruang kepada muka-muka baharu untuk berada dalam kepimpinan UMNO dan memberikan idea-idea yang baharu untuk parti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan