30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sibuk rakam kemalangan, tindakan lelaki dikecam netizen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN seorang lelaki yang merakam keadaan sebuah keluarga yang terlibat dalam kemalangan tanpa menghulurkan bantuan kepada mangsa menerima kecaman orang ramai.

Video berdurasi satu minit 35 saat yang dikongsi di Facebook Ehailing.fm itu menunjukkan perakam berjalan ke arah kenderaan yang terlibat kemalangan sambil membuat rakaman.

Sebaik menghampiri kereta jenis Proton Saga itu, dia merakam keadaan mangsa yang bukan sahaja cedera, malah kelihatan masih terkejut dengan insiden terbabit.

Kemudian barulah kedengaran suaranya meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian untuk menelefon ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Melalui video tersebut, kelihatan tiga sekeluarga termasuk seorang bayi yang berada di kerusi depan penumpang di dalam kenderaan itu mengalami kecederaan.

Lelaki itu turut kelihatan merakam sebuah lagi kenderaan lain jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terlibat dalam insiden kemalangan tersebut sambil menyebut lokasi Jambatan Kuning, dipercayai di Mukah, Sarawak.

Advertisements

“Sepatutnya tolonglah keluarkan abang dengan anak-anaknya tu dulu…cuba keluarkan mereka dari kenderaan. Nampak abang tu terkial-kial nak buka pintu kereta, rasanya pintu sebelah kiri tu masih boleh dibuka…abang tu mungkin panik.

“Seorang lagi selamba saja hisap rokok di kawasan kemalangan. Lazimnya kawasan kemalangan dikhuatiri terdapat tumpahan cecair mudah terbakar,” tulis status dalam Facebook itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan perakam video tersebut yang dianggap tidak mempunyai empati.

“Abang ini macam wartawan pula. Abang, kasi tolong mangsa dahulu, jangan sibuk nak ‘viral’ sahaja. Kami tengok video ini rasa geram sahaja,” kata Chad Zakaria.

“Allahuakbar… Kenapa tak beri bantuan dulu, kasihannya mangsa ada budak kecil sebaya macam cucu aku,” kata Ella Emy.

Sehingga kini, video tersebut yang tular sejak Jumaat telah ditonton lebih 28,000 kali dan mendapat lebih 315 perkongsian semula. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan