30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bekalan ubat-ubatan tidak terganggu – KKM

Walaupun permintaan mendadak bagi produk dengan bahan aktif seperti paracetamol, vitamin C dan ubat batuk.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA produk ubat-ubatan yang mengalami gangguan bekalan secara menyeluruh walaupun terdapat permintaan yang mendadak bagi beberapa jenis ubat-ubatan seperti produk dengan bahan aktif paracetamol, vitamin C dan ubat batuk.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, ini kerana kebanyakan produk mempunyai alternatif dari pelbagai jenama lain yang mempunyai indikasi yang sama.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A Halim berkata, situasi berkenaan disokong oleh pihak pengilang yang turut meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

“Pada ketika ini, KKM sedang mendapatkan maklum balas lanjut daripada pihak industri berhubung status sebenar bekalan ubat-ubatan yang dihasilkan di Malaysia atau diimport serta isu-isu yang berkaitan dengannya.

“Pemantauan yang ketat dan penyelesaian terhadap setiap isu yang dialami akan diteliti melalui komunikasi berterusan antara KKM dan pihak industri farmaseutikal bagi memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini timbul isu berkenaan kekurangan bekalan ubat-ubatan dan bahan mentah bagi produk farmaseutikal.

Katanya, ia melibatkan ubat-ubatan untuk rawatan demam, selsema dan batuk, sakit tekak, antibiotik, ubat tahan sakit serta ubat-ubatan bagi mengurangkan gejala penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD). – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan