32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

GST: Hadi harap kerajaan buat pertimbangan wajar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CADANGAN pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), wajar mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan ia tidak menambah beban rakyat yang sedang dihimpit situasi inflasi dan kos sara hidup tinggi.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pertimbangan secara rasional serta kajian menyeluruh perlu dilakukan.

“Ini adalah bagi mengelak golongan kurang berkemampuan menjadi mangsa apabila sistem percukaian itu kembali dilaksanakan.

“Jangan kenakan cukai terhadap barangan asasi… rakyat sudah terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos hidup yang berlaku sekarang.

“Pertimbangkan ia dengan cara yang saksama iaitu kesannya terhadap bebanan rakyat dan tanggungjawab (yang perlu dilakukan) kerajaan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan kuliah Duha di Masjid Rusila, Marang, Terengganu hari ini, lapor Astro Awani.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini, dilaporkan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan mengembalikan GST sebagai cara berkesan menambah pendapatan negara bagi menangani masalah inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Beliau berpandangan, sistem percukaian itu mampu mengembangkan pendapatan asas negara selain membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan