28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kenderaan berat dilarang guna laluan utama KL waktu puncak

Penguatkuasaan itu bermula dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang semua pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan membabitkan kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kilogram memasuki jalan raya utama di bandar raya Kuala Lumpur.

Penguatkuasaan itu bermula dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.

Ini berikutan pemantauan JPJ mendapati terdapat pergerakan kenderaan berat memasuki laluan waktu terhad ke pusat bandar raya pada waktu kemuncak iaitu sebelah pagi dan petang yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas serta menjejaskan kelancaran aliran trafik di Lembah Klang.

Jalan raya di bandar-bandar utama diwartakan sekatan sekurang-kurangnya lima kilometer dari pusat bandar, bermula dari pintu masuk pusat bandar dengan meletakkan satu papan tanda khusus di mana dicatat waktu yang tidak dibenarkan untuk kenderaan berat masuk.

“Kenderaan berat tidak dibenarkan masuk bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi, manakala sebelah petang bermula jam 4.30 petang hingga 7.30 malam,” kata kenyataan JPJ hari ini.

Lokasi laluan yang dikuatkuasakan Peraturan Larangan Waktu Terhad pada waktu pagi dan petang ialah semua jalan Pusat Bandar Kuala Lumpur, Jalan Kuching bermula dari Taman Wahyu di Jalan Ipoh hingga ke pusat bandar, Jalan Genting Klang bermula dari Kolej TAR hingga ke pusat bandar dan Jalan Cheras bermula dari Taman Midah hingga ke pusat bandar.

Advertisements

Selain itu, Jalan Cheras bermula dari Taman Midah ke pusat bandar Kuala Lumpur, Lebuhraya PLUS bermula kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Rawang hala ke Kuala Lumpur dan Plaza Tol Bukit Raja, Klang hala ke Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Jalan Istana, Jalan Segambut dan Jalan Sentul.

Jalan raya yang diwartakan sekatan hanya pada sebelah petang pula ialah Jalan Kepong, Jalan Ipoh bermula dari Bulatan Kepong hingga Jalan Batu Caves, Lebuhraya Karak, Jalan Gombak bermula dari Jalan Kampung Bandar Dalam hingga sempadan Kuala Lumpur, Jalan Genting Klang dan Jalan Cheras bermula dari Jalan Pudu hingga Jalan Tenteram.

Sekatan turut di Jalan Sungai Besi bermula dari Jalan Kuchai Lama hingga Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, dan Jalan Kelang Lama dari Lebuhraya Persekutuan hingga Kuchai Lama.

Tambah kenyataan itu, larangan kenderaan barangan memasuki jalan raya utama di ibu kota sudah lama dikuatkuasakan namun sejak negara memasuki fasa endemik, berlaku pertambahan kenderaan di jalan-jalan raya termasuk pemandu kenderaan berat turut berada di jalan raya pada waktu sekatan.

“JPJ ingin menasihatkan pemandu dan pengendali syarikat pengangkutan kenderaan barangan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya kepada Peraturan Larangan Waktu Terhad yang diwartakan bagi jalan-jalan tertentu.

“Sekiranya ingkar, mereka boleh dikenakan tindakan kompauntidak melebihi RM300 atau boleh didakwa di mahkamah yang mana denda yang boleh dikenakan tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000,” kata kenyataan itu.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan