36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PKR tidak akan berbincang, bekerjasama dengan Azmin

Mesti Baca

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dianggap pengkhianat, kata Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat malam tadi.

Beliau berkata, bekas Naib Presiden PKR itu menjadi salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas 22 bulan mentadbir negara.

“MPP juga memutuskan bahawa PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, yang dianggap oleh anggota, penyokong parti serta orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beberapa hari lalu, Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dilapor mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan PKR.

MalaysiaKini yang memetik sumber berkata, pertemuan selama sejam itu berlangsung pada 15 Jun lalu di Hotel Sheraton, Petang Jaya.

Bagaimanapun, semalam, Azmin mendakwa beliau tidak dapat mengingati hotel yang beliau kunjungi dan siapa yang ditemui ekoran jadual hariannya yang sibuk.

Berhubung pemilihan parti bagi tahun ini, Fahmi berkata, pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan mengumumkan secara rasmi saf kepimpinan yang baharu cabang serta pimpinan utama PKR dalam masa terdekat iaitu sejurus setelah proses aduan dan audit selesai.

Beliau berkata, saf kepimpinan baharu tersebut perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan yang kukuh bagi menghadapi musuh-musuh politik PKR pada PRU-15.

Sementara itu, Fahmi berkata, parti itu akan meneruskan Kongres Nasional pada 16 dan 17 Julai ini di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam.

“Kongres kali ini akan menumpukan kepada kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi PRU-15 serta pembubaran Parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa selepas 31 Julai 2022,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan