31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

2,093 kes baharu, tiga kematian akibat COVID-19 semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK tiga kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 35,735 kes selepas negara mencatatkan sifar kematian akibat virus berkenaan kelmarin.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes baharu COVID-19 pula mencatatkan sebanyak 2,093 kes termasuk satu kes import yang menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 25,952 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 2,082 kes sembuh juga direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 4,481,018 kes.

“Selangor mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi semalam dengan 1,007 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (444), Perak (62), Pulau Pinang (155), Negeri Sembilan (82) dan Putrajaya (19).

“Turut menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes baharu semalam adalah Melaka (58), Johor (62), Sabah (76), Sarawak (34), Kedah (30),Pahang (23), Kelantan (18), Perlis (lapan), Terengganu (14) dan Labuan (satu),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Baca juga:   4,817 kes sembuh dilaporkan; 9 kluster

Daripada keseluruhan kes aktif yang dilaporkan, 24,929 kes dikuarantin di rumah, 15 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 985 kes di hospital, lima kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 18 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

TMJ nafi keluar kenyataan dakwa UMNO parti sampah

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyentuh mana-mana pemimpin parti politik...

Lagi Artikel Berkaitan