32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 31, 2023

Banjir di Kulim: 18 mangsa ditempatkan di PPS

Mukim Selama merangkumi Kampung Sungai Hitam Dalam, Kampung Sungai Hitam Luar, Kampung Sungai Tengas dan Kampung Terap Dalam.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 18 mangsa banjir membabitkan empat keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan KEDA Sungai Tengas, Selama, Bandar Baharu dekat Kulim akibat banjir.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, hujan lebat lebih dua jam sejak 2 petang telah menyebabkan air sungai melimpah sehingga berlaku limpahan menyebabkan beberapa rumah di kawasan Mukim Selama, Mukim Relau dan Mukim Sungai Batu dinaiki air.

Beliau berkata, PPS itu yang dibuka pada jam 8 malam, menempatkan mangsa banjir dari Mukim Selama.

“Setakat ini, hanya satu PPS dibuka di Mukim Selama. Bagi Mukim Relau, kawasan yang terjejas melibatkan beberapa rumah di Kampung Paya Semambu dan Kampung Kilang Batu manakala di Mukim Sungai Batu, kawasan yang terjejas ialah Kampung Sungai Tengas Ilir,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Baca juga:   ‘Hagia Sophia Sabah’ kini sunyi sepi akibat PKP

Beliau berkata, Mukim Selama merangkumi Kampung Sungai Hitam Dalam, Kampung Sungai Hitam Luar, Kampung Sungai Tengas dan Kampung Terap Dalam.

Difahamkan seramai 83 orang daripada 25 keluarga terjejas akibat banjir di ketiga-tiga mukim namun tidak semua mangsa dipindahkan ke PPS kerana air di kawasan rumah mereka sudah surut.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pendaki wanita hilang di Bukit Tabur ditemui selamat

PENDAKI wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Tabur pada Ahad lalu ditemui selamat. Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis...

Lagi Artikel Berkaitan