28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Pesara tentera tinggal dalam kereta dapat rumah baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UCAPAN terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya mampu diungkapkan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mohd Redzuan Abdullah, 60, di atas keprihatinan kerajaan memberikan rumah kepadanya.

Sebelum ini, kisah Mohd Redzuan atau mesra dipanggil Pak Wan yang tinggal di dalam kereta sejak 20 tahun lalu mendapat perhatian pemimpin nombor satu negara itu, baru-baru ini.

Katanya, tiada apa yang boleh dikatakan, rumah yang dapat ini cukup selesa, lengkap dengan alat kelengkapan rumah seperti orang yang sudah berkeluarga.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menyerahkan surat tawaran penyewaan sebuah unit Perumahan Awam Seri Johor 4C, Cheras.

Katanya, beliau tidak ingin menyalahkan sesiapa mengenai nasibnya yang terpaksa hidup dalam serba kekurangan dengan menjadikan sebuah kereta di belakang bangunan kedai serbaneka di Taman Sungai Besi, di sini, sebagai kediaman dan sentiasa bersangka baik dengan apa yang telah berlaku.

“Kalau kita bersangka baik, Tuhan akan beri yang baik…disebabkan duduk seperti ini tidak buat masalah, tolong jaga kebersihan tempat ini dan tidak mengharapkan bantuan, hari ini dapat rumah yang selesa,” katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membantu proses pemindahan veteran ATM itu secepat mungkin dan beliau tidak perlu membayar sewa bulanan rumah selama setahun.

“Begitu juga dengan tambahan peralatan rumah untuk beliau (Mohd Redzuan), ini semua akan diuruskan dengan sebaiknya. Insya-Allah akan ada kawan-kawan kita yang dermawan akan membantunya,” katanya.

Mohd Redzuan yang berkhidmat selama 17 tahun dalam ATM menyara kehidupannya dengan membaiki kenderaan di kawasan sekitar Sungai Besi dan kereta Volvo yang menjadi ‘kediamannya’ selama 20 tahun itu diberikan pelanggannya.

Pada 28 Mei lepas, Ismail Sabri yang diwakili Setiausaha Politiknya Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad melawat Mohd Redzuan dan mahu pesara itu diberikan sebuah rumah transit dalam masa terdekat dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.-Bernama

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan