31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Wanita warga emas maut kebakaran di Jonker Walk

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita warga emas maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Hang Kasturi, Jonker Walk di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa, Koo Kim Foong, 75, meninggal dunia selepas melecur antara 60 hingga 70 peratus di bahagian paha dan perutnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, berdasarkan maklumat awal diterima daripada orang awam terdapat seorang wanita warga emas yang menetap di premis tersebut seorang diri.

“Pasukan polis dan bomba bergegas ke lokasi sebelum mendapati premis itu telah terbakar kira-kira 80 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan bomba dan pemeriksaan lanjut menemui mayat wanita warga emas melecur antara 60 hingga 70 peratus di bahagian paha dan perut,”katanya lapor Kosmo!.

Baca juga:   12 kontena musnah dalam kebakaran di Pelabuhan Barat

Mengulas lanjut beliau memberitahu, anak mangsa yang turut ke lokasi mendakwa ibunya tinggal seorang diri di premis itu dan keluarganya telah menyewa di bangunan itu selama 70 tahun.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan