32.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 21, 2024

Tasik Air Hitam disita, siasat terperinci pencemaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KAWASAN Tasik Air Hitam, Cheras, yang menjadi lokasi pembuangan sampah haram sehingga mengakibatkan ban kolam itu pecah dan hakisan tanah disita pihak berkuasa bagi siasatan terperinci.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, satu operasi bersepadu dijalankan pada 31 Mei lalu selepas menerima maklumat mengenai aliran efluen kehitaman di tasik berkenaan.

Katanya, operasi pukul 11.50 pagi itu disertai Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Langat.

“Siasatan mendapati tasik itu dipenuhi sampah sarap dan efluen kehitaman selain lokasinya berdekatan Sungai Perimbun dan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras.

“Ia berpotensi henti tugas sekiranya kandungan Ammoniakal Nitrogen melebihi had piawai ditetapkan terutama ketika air tasik melimpah akibat hujan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Loy Sian, LUAS akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan denda maksimum RM1 juta dan penjara minimum tiga tahun.

“MPKJ turut menyita kawasan tersebut dan Notis Pemberhentian Aktiviti Kerja akan diberikan kepada pemilik tanah selepas maklumat status tanah diterima.

“Selain itu, PPDT Hulu Langat akan mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik tanah bagi arahan pemulihan segera tanah,”katanya.

Beliau berkata, LUAS dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) sudah mengambil beberapa sampel di lokasi berbeza iaitu sekitar kawasan tasik dan anak Sungai Langat.

“Ia mencatatkan bacaan sifar ton dan anggaran kandungan Ammoniakal Nitrogen adalah 0.4 miligram di Sungai Langat.

“Siasatan LUAS mendapati bacaan bau di sungai berdekatan juga sifar ton dan tiada gangguan kepada operasi Loji LRA Cheras dilaporkan,” katanya.

Terkini

GTR Burger hargai petugas media, lancar menu ‘Sliders’

TANPA bantuan rakan-rakan media, GTR Burger tidak mungkin berkembang pantas dan dapat menembusi pasaran dalam masa yang singkat. Itu ungkapan...

Lagi Artikel Berkaitan