31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Negeri Pantai Timur, Putrajaya catat masalah bantut tertinggi

Kerajaan mensasarkan kadar masalah tumbesaran tidak normal atau bantut dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dikurangkan kepada lapan peratus menjelang tahun 2030.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Putrajaya mencatatkan peratusan tertinggi bagi masalah bantut atau tidak membesar dengan sempurna serta tidak mencapai ketinggian yang sepatutnya untuk umur mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, masalah kebantutan di Malaysia pada 2019 ialah sebanyak 21.8 peratus dan merentasi semua kategori sosiodemografi sama ada bandar atau luar bandar, pendapatan isi rumah, kumpulan etnik, pekerjaan dan tahap pendidikan.

Menurutnya, situasi Covid-19 yang berlarutan serta kesan ekonomi kepada rakyat dijangka meningkatkan trend masalah pemakanan dalam kalangan kanak-kanak terutama dari keluarga berpendapatan rendah.

“Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan Pelan Strategik Kebangsaan Menangani Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kanak-Kanak Malaysia bagi tahun 2022 hingga 2030.

“Selain KKM, pelan strategik itu turut melibatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanyaselepas merasmikan Program Media #AnakMalaysiaSihat di Kuala Lumpur, hari ini.

Ujar Khairy lagi, antara rangka kerja awal pelan itu ialah menubuhkan Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kanak-Kanak di Malaysia yang telah pun bermesyuarat hari ini.

“Pelan strategik ini kita akan bentang dalam (mesyuarat) Jemaah Menteri dan akan bentangkan kepada pihak Kementerian Kewangan supaya isu agenda memerangi masalah berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak ini dapat diberikan tumpuan dan menjadi fokus utama bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia dalam Belanjawan 2023,” katanya.

Menurutnya, negara kini sedang berdepan beban berganda malpemakanan (kekurangan atau kelebihan zat pemakanan) terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan orang dewasa.

“Lebih membimbangkan, tegas beliau, masalah kebantutan dalam kalangan kanak-kanak turut memberi impak perkembangan psikomotor, psikologi, sosial, darjah kecerdasan otak (IQ) dan darjah kecerdasan emosi (EQ) golongan itu.

Justeru itu menurutnya, kerajaan mensasarkan kadar masalah tumbesaran tidak normal atau bantut dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dikurangkan kepada lapan peratus menjelang tahun 2030.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan