24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MPN syor perkasa industri input makanan ternakan

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan lapan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion bagi membantu rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas akibat pandemik.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT ke enam Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengetengahkan syor untuk memperkasakan industri input kepada makanan ternakan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah berkenaan bagi memastikan negara mencapai tahap self-sufficiency dan kos input makanan ternakan terurus serta tidak terjejas akibat faktor-faktor luaran.

Menurutnya, keluhan dan rintihan rakyat pada waktu ini berhubung peningkatan harga barangan asas terutama bahan makanan turut diperbincangkan.

“Sekiranya isu kenaikan harga barangan keperluan tidak ditangani secara menyeluruh dan bersepadu, ia boleh menjejaskan rantaian bekalan makanan dan sekuriti makanan negara sekain menggugat kesejahteraan hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Muhyiddin lagi, mesyuarat berkenaan turut meneliti tiga pembentangan yang merangkumi situasi terkini Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), cadangan Penambahbaikan Sekuriti Makananan dan Proses Pemulihan Sektor Pertanian oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta status pelaksanaan dan pencapaian Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi antara Agensi Nasional (LAKSANA).

Malah menurutnya, MPN juga mengesyorkan agensi LAKSANA mengemukakan laporan yang komprehensif mengenai impak dan kesan inisiatif-inisiatif pakej bantuan yang telah diumumkan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Advertisements

“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan lapan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion bagi membantu rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas akibat pandemik.

“Pakej PEMULIH yang saya umumkan pada Jun 2021, telah dirangka bagi menyokong Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan peruntukan keseluruhan RM150 bilion dan telah memanfaatkan 26.8 juta rakyat Malaysia dan 327.3 ribu perniagaan.

Menurutnya, prestasi ekonomi yang memberangsangkan membuktikan dasar-dasar yang diambil Kerajaan ketika pandemik seperti pakej rangsangan ekonomi telah pun membuahkan hasil.

“Namun bagi memastikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati hasil pemulihan ekonomi pasca pandemik, kerjasama semua pihak di semua peringkat amat diperlukan bagi menjayakan proses pemulihan negara, insya-Allah,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan