25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

2,000 beg darah diperlukan setiap hari – Noor Hisham

Menjadi penderma darah sukarela tetap adalah langkah mudah tetapi kesannya amat besar.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-KURANGNYA 2,000 beg darah digunakan untuk membantu 1,000 orang pesakit setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Facebook berkata, pendermaan darah adalah kunci dalam merawat pesakit yang menghidap pelbagai penyakit, kemalangan, atau bencana.

Malah menurut beliau,  melalui sumbangan (derma darah) yang tidak ternilai secara sukarela tersebut, banyak nyawa telah diselamatkan.

“Darah dan produk darah yang selamat serta pemindahannya adalah aspek kritikal penjagaan dan kesihatan awam.

“Justeru, peranan penderma darah dan penganjur kempen penderma darah adalah amat besar untuk merawat pesakit di negara ini,” katanya hari ini.

Ujar Noor Hisham lagi, pendermaan darah adalah merentas budaya, agama dan latar belakang.

Menurutnya, darah adalah sama dan tiada bezanya.

“Oleh itu, tema Hari Penderma Darah 2022 ini membawa maksud, ‘Derma Darah, Kukuhkan Perpaduan’.

“Menjadi penderma darah sukarela tetap adalah langkah mudah tetapi kesannya amat besar,” katanya.

Menurutnya, tindakan murni berkenaan mencerminkan sifat tidak mementingkan diri dan amat terpuji.

“Solidariti ini boleh dipraktikkan oleh semua rakyat Malaysia untuk mengukuhkan komuniti mereka, menyokong sistem kesihatan negara dan menyelamatkan nyawa.

Untuk rekod, sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 14 Jun 2022 dan ianya disambut setiap tahun di seluruh dunia.

“Pada Hari Penderma Darah Sedunia 2022 ini, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menyeru orang ramai untuk tampil menderma darah sebagai tanda solidariti.

“Kepada para penderma dan penganjur kempen penderma darah, teruskan usaha murni anda lebih-lebih lagi ketika negara memasuki ke fasa peralihan pandemik. Kepada yang belum pernah menderma, saya menyeru agar tampil untuk menderma darah.

“Selamat Hari Penderma Darah 2022. Derma Darah, Kukuhkan Perpaduan!

-EDISI9

Terkini

Rumah terbuka: KPKM jamin bekalan makanan asas mencukupi

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa bekalan makanan asas mencukupi sepanjang bulan Syawal ini. KPKM dalam kenyataannya...

Lagi Artikel Berkaitan