25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 26, 2022

Malaysia tempah slot ke Piala Asia selepas 43 tahun

Mesti Baca

PENANTIAN selama 43 tahun untuk menyaksikan Harimau Malaya beraksi di Piala Asia akhirnya berbalas setelah mereka menewaskan Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia secara merit pada tahun 1980 manakala 2007 kita selaku tuan rumah.

Gol pertama disumbang oleh Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada minit ke-16 selepas Matthew Davis dikasari dalam kotak penalti.

Bangladesh bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi Mohammad Ibrahim hasil tandukan pada minit ke-31 menewaskan Syihan Hazmi.

Dion Cools menceriakan lebih 50,000 penyokong tuan rumah apabila berjaya meletakkan bola di kanan pintu gol Bangladesh pada minit ke-38 yang dikawal Anisur Rahman.

Masuk separuh masa kedua, anak-anak buah Kim Pan Gon tidak menunggu lama apabila Syafiq Ahmad menanduk masuk bola pada minit ke-47 untuk meletakkan Malaysia semakin selesa di hadapan.

Baca juga:   18 ekor Tapir Malaya berjaya dilahirkan dalam kurungan

Darren Lok yang masuk menggantikan Shafiq Ahmad menambah luka Bangldesh apabila menambah jaringan pada minit ke-70.

Kedudukan 4-1 kekal sehingga tamat permainan.

Malaysia akan mengiringi Bahrain yang lebih awal menempah slot ke Piala Asia 2023 selepas muncul juara Kumpulan E dengan menewaskan Turkmenistan 1-0. – Edisi 9

Terkini

Potong gaji menteri tak selesai masalah kos sara hidup

CADANGAN supaya gaji menteri-menteri Kabinet dipotong sebanyak 20 peratus oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah...

Lagi Artikel Berkaitan