24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Layak ke Piala Asia, PM ucap tahniah kepada Harimau Malaya

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas kepada skuad Harimau Malaya kerana mencipta sejarah layak ke Piala Asia selepas menanti selama 43 tahun.

Beliau yang turut menyaksikan pertemuan Malaysia dengan Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini turut memuji anak-anak buah Kim Pan Gon yang terus berjuang sehingga wisel penamat.

Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah kepada para penyokong Harimau Malaya yang terus memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

“Sejarah tercipta buat Malaysia! Alhamdulillah penantian 43 tahun berakhir apabila kita layak ke Piala Asia 2023.

“Tahniah Harimau Malaya dan para pemain yang berjuang hingga tiupan wisel penamat.

Advertisements

“Tahniah juga kepada para penyokong yang menyokong pasukan kita tanpa berbelah bahagi.

“Kita teruskan perjuangan di Piala Asia 2023,” katanya menerusi media sosial malam ini.

Selain Malaysia, tiga lagi pasukan dari Asia Tenggara yang turut layak beraksi di pentas Piala Asia bagi melengkapkan 24 pasukan iaitu Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Lain-lain pasukan ialah Australia, Jepun, Iran, Iraq, Korea Selatan, Lubnan, Palestin, Oman, China, Qatar, Emeriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi, Jordan, Syria, Uzbekistan, India, Bahrain, Tajikistan, Republik Kyrgyz dan Hong Kong.

Piala Asia 2023 dijadualkan berlangsung pada Januari 2023 di China namun negara itu menarik diri daripaa menjadi tuan rumah ekoran penularan Covid-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan