25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Gaduh sebab enggan ketepikan kereta ketika jalan sesak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GARA-gara enggan mengetepikan kereta ketika jalan sesak mencetus pergaduhan antara seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta di Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1 di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 petang ketika laluan tersebut sesak.

Insiden berkenaan tular menerusi video berdurasi 22 saat di laman Twitter dengan kedua-dua mereka berbalas tumbukan sebelum dileraikan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut apabila suspek lelaki berusia 29 tahun yang menaiki kereta jenis Naza Ria enggan mengetepikan keretanya di lokasi kejadian.

Katanya, ini menyebabkan motosikal yang ditunggangi mangsa berusia 31 tahun yang bekerja sebagai jururunding dan penunggang motosikal yang lain tidak dapat meneruskan perjalanan.

“Pertengkaran mulut yang berlaku disusuli dengan pergaduhan yang akhirnya dileraikan oleh orang ramai.

Baca juga:   SPRM siasat pemimpin kanan UMNO terlibat skandal rasuah

“Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk selesaikan secara baik dan pengadu hanya buat ‘Covering report’ sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kedua-dua pihak iaitu pengadu dan suspek telah dipanggil untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mohd. Iqbal turut menjelaskan pengadu juga telah buat laporan polis untuk menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Lelaki simbah air minuman kepada jurutol ditahan

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan