34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lagi pelajar MRSM Ulul Albab hafaz al-Quran dalam masa singkat

Pencapaian manis berkenaan dikongsikan sendiri oleh bekas pelajar MRSM Kuantan yang kini bergelar Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAKTAB Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab meneruskan kecemerlangannya apabila berjaya melahirkan seorang lagi permata al-Quran yang berjaya menghafaz al-Quran dalam tempoh masa singkat.

Pelajar Tingkatan 2, MRSM Ulul Albab Semporna, Sabah, adik Ayesha Humayra Syahlan, 14, yang berjaya menghafaz al-Quran dalam tempoh 10 bulan dan dua hari.

Pencapaian manis berkenaan dikongsikan sendiri oleh bekas pelajar MRSM Kuantan yang kini bergelar Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

“Tahniah Ayesha Humayra! Tahniah kepada Ayesha, ibu bapanya dan guru pembimbingnya yang berdedikasi!

“Semoga akan lahir lebih ramai lagi pewaris kepimpinan masa depan yang cemerlang akademik, berkepimpinan dan hidup bernaungkan dengan petunjuk al Quran,” kongsinya.

Advertisements

Ayesha Humayra mula menghafal al-Quran pada 22 April tahun lalu dan bergelar hafizah pada 24 Februari lalu.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi lebih 12,000 pengguna Facebook serta lebih 480 perkongsian dalam tempoh lima jam.

MRSM Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program sistem pendidikan MRSM sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran.

Program berkenaan bermatlamatkan untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan alSunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Sehingga 2019, terdapat lima MRSM kategori itu, iaitu di Kota Putera, Besut, Terengganu; Gemencheh, Negeri Sembilan; Kepala Batas, Pulau Pinang; Sungai Besar, Selangor; dan Semporna, Sabah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan