32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kesemua 57 MRSM mulakan program Ulul Albab tahun ini

Mesti Baca

KESEMUA 57 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara akan memulakan program Ulul Albab peringkat Tamhidi, bermula tahun ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini bermakna selain lapan MRSM Ulul Albab yang menawarkan program hafazan 30 juzuk al-Quran, 49 MRSM lain menawarkan program menghafaz sekurang-kurangnya lima juzuk.

“Negara masa depan memerlukan lebih ramai teknokrat dan golongan profesional yang bukan sahaja hebat dalam pelbagai cabang ilmu dan kemahiran tetapi hatinya dengan Allah; mata hatinya disinari cahaya al-Quran kerana dicanai dari awal menghafal dan mentadabbur al-Quran,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Asyraf ketika baru dilantik sebagai Pengerusi MARA pada Mac tahun lalu menyatakan hasrat untuk menambah nilai MRSM kepada Ulul Albab sepenuhnya.

Advertisements

Memetik laporan media, beliau berkata, sehingga kini hanya lapan daripada 55 MRSM sudah berorentasikan ko-kurikulum Ulul Albab.

“Kita dalam proses untuk mengulul albabkan seluruh MRSM secara bertahap, matlamat MARA bukan saja melahirkan pelajar berkualiti tinggi yang mempunyai kebolehpasaran dalam semua sektor pekerjaan, tetapi juga mempunyai keterampilan dan jati diri berpaksikan agama yang tinggi,” katanya antara agenda pendidikan yang akan dibawa.

Asyraf berkata, sebagai permulaan setiap MRSM boleh memulakan ko-kurikulum Ulul Albab secara bertahap termasuk mewajibkan 37,257 pelajarnya menghafaz 30 juzuk al-Quran. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan