32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

EB Frozen Food tawar hadiah bernilai sehingga RM25,000

Mesti Baca

DUA minggu menjalani ibadah puasa, ternyata masyarakat Islam di negara ini cukup bertuah untuk menikmati pelbagai juadah berbeza.

Bukan sahaja ketika berbuka puasa tetapi juga waktu bersahur, namun menjadi persamaan setiap makanan yang dipilih harus memberikan kepuasan sewaktu menikmatinya.

Melihat perkara ini sebagai salah satu keutamaan, Syarikat pengeluar produk sejuk beku, EB Frozen Food Sdn Bhd (EB) sentiasa menyediakan produk yang berkualiti buat pelangganya.

Tidak hanya itu, dalam melengkapi kehidupan serba moden pelanggan terutamanya pada bulan Ramadan ini, fokus utama jenama ini juga adalah cara penyediaan produk EB Frozen Food yang  lebih cepat dan mudah.

Berkongsi mengenai kelebihan produk ini, Eksekutif Pemasarannya, Nurul Fatihah Jamil berkata, pihaknya sentiasa peka akan keperluan pelanggan mereka.

Melihat EB Frozen Food sebagai antara jenama pilihan ramai kini, pihaknya sentiasa komited dalam menyediakan produk sejuk beku yang sesuai dinikmati oleh semua golongan di negara ini.

“Menjadi lumrah setiap pelanggan untuk memilih produk yang sedap dan berkualiti tinggi, tetapi melihat keadaan ekonomi yang sangat mencabar, pelanggan lebih memilih produk yang memberi tawaran harga terhebat di pasaran.

“Bersempena bulan Ramadan dan menjelang sambutan Hari Raya, istimewa buat semua peminat produk keluaran EB, pelanggan bukan hanya dapat membeli produk berkualiti tinggi dengan harga berpatutan malah boleh menikmati harga serendah kurang dari RM10 untuk satu paket.

Advertisements

“Semua pakej menerusi ‘Combo Deal’ bagi barangan terpilih itu boleh didapati di AEON, AEON Big, TF Value, Billion, Giant dan pasaraya berdekatan,” katanya.

Terus meraikan pelanggan sempena kehadiran bulan Syawal, EB Frozen Food turut menganjurkan peraduan ‘Buy and Win’ bertemakan “Hoora Hooray Raya” yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM25,000.

Nurul Fatihah berkata, peraduan ini juga dibuka kepada semua pelanggan produk jenama ini melalui pembelian sebanyak RM50 dan keatas bagi mana-mana produk keluaran EB.

“Sempena bulan Ramadan ini, pelanggan EB juga berpeluang untuk menyertai peraduan Beli dan Menang bertemakan “Hoora Hooray Raya” bermula 8 Mac sehingga 28 April dengan tawaran hadiah bernilai sehingga RM25,000.

“Antara hadiah yang ditawarkan  termasuk wang tunai bernilai RM1,000 (5 pemenang), PS5, Insta 360 Go 3, Wet & Dry Vacuum, Instax Camera, RM50 TnG E wallet (20 pemenang),” Katanya.

Berkongsi keberkatan Ramadan kali ini agar lebih bermakna, EB Frozen Food  juga turut meneruskan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam meraikan pelanggan mereka.

“Kami akan  mengedarkan kira-kira 5,000 pek bubur lambuk beserta produk keluaran EB iaitu Tempura Chicken Nugget kepada orang ramai.

“Bagi mereka yang ingin menyertai program ini anda hanya perlu bertemu dengan pasukan kami di pasaraya yang terpilih sekitar Lembah Klang  sepanjang bulan Ramadan dan anda boleh mengunjungi laman media sosial EB Frozen Food untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti menarik yang dijalankan,” katanya lagi.  -Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan