25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Perkhidmatan tren JB-Singapura beroperasi semula

KTMB engekalkan tambang sedia ada iaitu RM5 sehala bagi perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands dan SGD5 dari Woodlands ke JB Sentral.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memulakan kembali perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau dari Stesen JB Sentral, Johor Bahru ke Stesen Woodlands, Singapura.

Perkhidmatan itu digantung sementara lebih dua tahun bermula 24 Mac 2020 berikutan penutupan sempadan negara akibat pandemik Covid-19.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, latihan pengoperasian semula Shuttle Tebrau itu sudah bermula sejak Selasa lalu sebagai persediaan.

“Latihan pengoperasian dibuat bagi memeriksa gerakan gerabak, ciri keselamatan, sistem penjualan tiket dan operasi penjualan supaya perkhidmatan berkenaan lancar.

“Tiket perkhidmatan Shuttle Tebrau mula dijual pada 13 Jun lalu bagi perjalanan 19 Jun sehingga 18 Julai 2022.

Setakat Jumaat lalu, sebanyak 68,070 tiket dijual dengan penjualan tiket yang lebih awal ini, ia dapat membantu pengguna merancang perjalanan mereka khususnya rakyat Johor yang berulang-alik berkerja di Singapura,” katanya pada sidang media selepas pelepasan perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau di JB Sentral, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi KTMB, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin.

Ujar Ka Siong lagi, setiap hari terdapat 31 perjalanan Shuttle Tebrau yang bermula jam 5 pagi sehingga 11.45 malam, dengan 13 perjalanan dari Malaysia-Singapura dan 18 perjalanan dari Singapura-Malaysia.

Advertisements

“Perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau ini mampu menampung kapasiti maksimum seramai 320 penumpang setiap trip atau perjalanan dan dijangkakan seramai 7,000 penumpang sehari akan menggunakan perkhidmatan ini.

Perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau mengekalkan tambang sedia ada iaitu RM5 sehala bagi perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands dan SGD5 dari Woodlands ke JB Sentral.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata, penyambungan semula perkhidnatan Tren Shuttle Tebrau itu memberi manfaat kepada ribuan rakyat Malaysia yang berulang alik bekerja ke republik itu.

Menurutnya, perkhidmatan tren itu sebelum pandemik menjadi antara pengangkutan pilihan dan popular di kalangan penduduk kedua-dua negara.

“Ini adalah detik bersejarah buat rakyat Johor, dengan pengoperasian semula perkhidmatan Shuttle Tebrau, saya menjangkakan pertambahan pelancong dari Singapura ke Malaysia melalui Johor.

“Ia sekali gus dapat merancakkan sektor ekonomi negara khususnya negeri ini.

“Melalui pengoperasian semula perkhidmatan Shuttle Tebrau ini, ia juga dapat mengurangkan kadar kesesakan trafik di Tambak Johor dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) terutama pada waktu puncak,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan