32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 16, 2022

Konsep Tasamuh harus jadi perkara utama Keluarga Malaysia – PM

Mana-mana budaya yang tidak bertentangan dengan akidah Islam boleh disantuni tanpa sebarang stigma dan diskriminasi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KONSEP Tasamuh dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini harus menjadi perkara utama kepada Keluarga Malaysia untuk bergerak ke hadapan sejajar dengan peredaran masa kini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tasamuh adalah asas utama dalam menghadapi keragaman dan perbezaan bangsa dan agama lebih-lebih lagi dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai kepelbagaian bangsa, agama, budaya serta bahasanya.

Menurut beliau lagi, mana-mana budaya yang tidak bertentangan dengan akidah Islam boleh disantuni tanpa sebarang stigma dan diskriminasi.

“Tasamuh adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud ‘toleransi ’atau ‘berlapang dada’. Dalam maksud yang lain adalah bersikap menerima dan damai terhadap sebarang keadaan yang dihadapi. Misalnya toleransi dalam agama ialah sikap saling menghormati hak dan kewajipan antara agama.

“Bagi negara yang memiliki bangsa dan budaya yang majmuk seperti Malaysia, sikap toleransi atau tasamuh sangat penting sebagai alat menyatupadukan kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2022 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor, malam ini.

Baca juga:   Kestabilan politik perlu diutamakan - PM

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Dalam pada itu, Ismail Sabri, berkata bersesuaian dengan tema Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini iaitu Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti, ia menjadi titik tolak bagi melahirkan generasi yang berpegang kepada al-Quran dan as Sunnah untuk membentuk sebuah negara yang harmoni.

Baca juga:   Tiada kes kategori 4 atau 5 daripada kluster pendidikan - Khairy

Menurutnya, mempelajari al-Quran adalah satu kewajipan dan bukan hanya setakat mempelajari cara membaca dan hukum tajwid semata-mata.

“Amat rugi jika kita tidak mempelajari dan memahami maksud yang terkandung dalam setiap 114 surahnya.

“Malah dengan kecanggihan kemajuan teknologi, tiada alasan lagi untuk kita tidak meluangkan masa mendengar atau membaca al-Quran.

“Ini kerana terdapat aplikasi al-Quran digital yang boleh dimuat naik dalam peranti seperti telefon pintar, tablet atau komputer riba.Maka, peluang keemasan seperti ini perlu diambil olehseluruh umat Islam dalam mempertingkatkan amal ibadah kepada Allah SWT,” katanya.

Untuk rekod, MTHQK 2022 dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula esok sehingga Sabtu ini di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar.

Seramai 110 peserta dari seluruh negara menyerrai MTHQK 2022 dengan 29 orang menyertai Majlis Tilawah al-Quran manakala 81 orang lagi menyertai Majlis Hafazan al-Quran.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pula berkenan untuk berangkat ke majlis perasmian penutup dan pengurniaan hadiah MTHQK Johor 2022 yang diadakan jam 8 malam, 17 Jun di lokasi sama.

Baca juga:   Pemilik akaun Facebook Lokman Adam dituduh fitnah Ismail Sabri

Siaran langsung Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan boleh diikuti di TV Alhijrah dan FB JAKIM, manakala siaran langsung Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan pula disiarkan TV1.

-EDISI9

Terkini

Sindiket penipuan tawaran kerja dalam aplikasi Shopee diserbu

POLIS menumpaskan sindiket penipuan tawaran melalui pusat panggilan (calling centre) dalam aplikasi Shopee, di sebuah kondominium di Jalan Klang...

Lagi Artikel Berkaitan